Saturday 24 August 2013

Erti Kemerdekaan


Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian manusia.

Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj bukanlah nama asing dalam negara masyarakat kita,lebih-lebih lagi dalam lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Melayu pada zaman beliau disamping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terselah sama ada dalam bidang politik atau Yang Dipertuan Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan amat penting. Sebagai seorang pemerintah beliau bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk PErsekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku telah dikatakan membawa negara kita ke ambang kemerdekaan.Kebijaksanaan serta kebolehan yang beliau punyai membolehkan negara kita mendapatkan kemerdekaan melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darah pun sepertimana negara lain. Kewibawaan beliau menyatukan penduduk negara ini yang berbilang kaum iaitu Melayu, China dan India.

Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar "BAPA KEMERDEKAAN dan BAPA MALAYSIA"


Berikut kami sediakan video tentang detik-detik kemerdekaan negara Malaysia :




Pengisytiharaan MALAYSIA